mim's FotoPage

By: imim haliza

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  [1]  2  3  >  >>]    [Archive]
Tuesday, 29-Jan-2008 12:57 Email | Share | | Bookmark
Tulips in My Vases


Beli tulip kat Tesco 2 minggu lepas dengan harga 1.49 pound. Pertama kali tulip bertamu di dalam vase di ruang tamu saya. Letak di tempat bercahaya cepat pula kembangnya.





Tuesday, 29-Jan-2008 11:37 Email | Share | | Bookmark
Family Centre and Toy Library

Agak lama juga tak bawa Alia pergi ke toy library. Baru-baru nie sempat bawa Alia pergi ke sana dan sebelum pukul 10 pagi dah bersiap sedia untuk ke sana dan Alia excited sangat. On the way nak ke sana, singgah sekejap hantar ayam dan ikan kat rumah Kak Bib.


Tak sangka rupa-rupanya ramai ada kat sana. Kebetulan Kak Na masak Nasi Kerabu untuk sarapan dengan orang baru agaknya. Kak Iza pun ada dan kami memang langkah kanan agaknya. Rezeki betul dapat makan nasi kerabu Kak Na yang lazat tuh.


Beberapa hari sebelum nie masa pergi Somerfield bila terpandang pewarna makanan warna biru tetiba teringat kat Nasi Kerabu. Allah sangat tahu lintasan dalam hati kecilku dan hari nie Dia bagi rezeki makan Nasi Kerabu yang lazat nie. Lengkap dengan budu dan keropoknya sekali. Alhamdulillah kenyang perut...


Dekat sejam lebih jugak melekat kat rumah Kak Bib, kami pun beransur untuk ke ToyLibrary yang hanya beberapa tapak dari rumah kak Bib tuh. Seronok tengok gadis kecilku ini tersenyum lebar dan bergenbira pada hari tersebut.


Alia and her 3 years old friend, Carys from Korea, having fun downstairs with paintings. They did very well and Alia enjoyed it very much.







Wednesday, 23-Jan-2008 23:43 Email | Share | | Bookmark
Rindu Kat Family

 
 
 
View all 12 photos...
Taman Seri Telok Mas rumah saya warna oren tepi longkang corner lot tepi jalan depan ada pokok mangga yang sentiasa berbuah lebat MP3009 kete arwah ayah saya warna putih tak tau ada lagi ke takde sekarang nie dah ganti buah hati baru mak grey kelisa yang dia bawak gi ofis tiap2 hari kesian kete buruk tuh kene tido luar tiap2 malam pasal takde tempat tido dah untuk dia

Ari isnin ada pasar malam suke sangat beli tauhu bakar pehh best giler dan sangat la menyengat pedasnya tapi lazat tak terkata rindu sebenarnya nak gi pasar malam beli taufufah singgah jap supermarket cina depan tuh pusing lagi cari popiah basah yang tersangat best pernah singgah kat tekak nie tapi mahal mencekik darah

Memori indah panjat pokok mangga sebab tak tahan tengok buahnya yang masak ranum jolok rambutan kat kampung bukit pegoh depan umah maklang sebelah umah long chekpa yang tersangat la banyak semut hitam yang suka menggigit bawak pulang berbeg2 plastik rambutan pastu agih-agihkan kat sume sanak sedara kat KL yang malas balik kampung jolok rambutan musim durian dah ke sakarang nie sebab teringat2 kat durian dak ama yang best tuh dan kuih bakar lemak dan kuih bakar yang hijau tuh pehh paling best di kalangan semua kuih yang ada kat bukit pegoh try buat kat UK nie tapi tak jadik huhu

Dalam rumah oren tepi jalan tuh ada mak along saya ina dan amir tapi sekarang mak tinggal sensorang je sebab anak2 dia sume dah duduk jauh sian mak sebab takde orang temankan dia pastu dahla tak sihat tapi harap lepas operation bulan februari nnti mak ok la dan doa dari kami semua semoga mak selamat dan kembali sihat seperti selalu


P/s: Di atas adalah sebuah karangan pendek yang ditulis oleh seorang budak yang tak lulus peperiksaan Bahasa Melayu penulisan. Jika anda ataupun anak-anak anda akan menduduki peperiksaan Bahasa Melayu untuk tempoh terdekat ini karangan pendek ini adalah sangat tidak membantu untuk lulus dengan cemerlang. Sekian pesanan penaja.



My beloved mom with my granpa kat rumah atuk di Sungai Besi



Rindu sangat kat budak masam sorang nie Amani Damia-Alia's cousin



Amani dah jadik kemaruk puting kopek macam Alia dulu jugak ke..ala bucuk2



Budak nie adalah anak dara En Tarmizi dan Puan Azlina, sesapa nak masuk meminang jemputla



Nie adalah sentuhan terakhir sebelum pegi UK. Dalam pada sibuk2 mengemas rumah dan barangan keperluan yang nak dibawa sempat jugak eden menjahit. Sori le pada customer tuh kalo de yang terkurang dan cacat cela pada jahitan ku ituh..



On En Tarmizi graduation day. En Tarmizi is my brother in law. Tahniah sebab berjaya jugak grad setelah korang laki bini tak tido mengadap komputer kat rumah kitorang dulu untuk siapkan tesis tuh..hebat..hebat..gua suspek la sama lu..



Tuesday, 22-Jan-2008 11:48 Email | Share | | Bookmark
October Birthday Bash 2007

Ni adalah gambar-gambar birthday party yang telah diadakan pada Oktober tahun lepas. Birthday party nie diadakan secara serentak kerana kebetulan tarikhnya dekat2 dan ramai pulak tu. Selamat Hari Lahir Alia, Along, Angah, Baby Adam, Hadif, Kak Mar, dan juga saya..nnti tahun 2008 nie bertambah meriah sebab ada lagi geng yang baru sampai yang akan masuk senarai.










Alia bergambar dalam bilik



Alia n friends khusyuk menonton Barney



Alia dengan Kak Long




Ni sesi tiup lilin tapi Alia tak nak tiup..menangis pulak dah



Alia bersama Kakak Iman dan Kakak Munawwarah



Bergambar bersama Hadif, Kakak Iman dan Kakak Muna


Sunday, 20-Jan-2008 12:02 Email | Share | | Bookmark
Aberystwyth, Ceredigion



Ini kali kedua kami sampai di Aberystwyth. Kali pertama sampai tak dapat turun sebab payah nak cari parking, beberapa kali pusing pun tak dapat2 akhirnya parking kat rumah je la



Kami difahamkan kalau musim bunga kawasan nie cantik sebab penuh dengan bunga bungaan dan langit yang membiru. Tapi masa kami datang nie cuaca agak sejuk dan langit tak biru pun. Apa pun, Alhamdulillah tak hujan.



Tengok permandangan sekitar Aberystwyth dari atas memang cantik. Panjat Bukit Aber nie ala-ala macam kat A Farmosa kat Bandar Hilir la pulak.



Duduk atas batu belah batu tertangkup. Kalo hikutkan hati nak je amik gambar baring or duduk kat rumput yang menghijau tuh..tapi takleh pasal takut baju kotor, nnti nak solat payah pulak.



Terowong belakang nie mengingatkan kami dengan The Royal Chimney kat Labuan yang pernah dikunjungi dahulu.



Susah betul nak buat Alia pandang camera.


[<<  <  [1]  2  3  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net